Impianmu menjadi Realiti
bersama Koleksi Impian.

Koleksi Impian adalah pembina dan pemaju pembangunan perumahan tanah Rizab Melayu yang berkualiti tinggi. Selain daripada mempraktikkan pelan pembinaan yang kontemporari bagi memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna, kediaman Koleksi Impian juga mengaplikasikan reka bentuk yang berkonsep moden dan elegan bagi membangkitkan suasana kediaman mewah yang tenang dan ceria.

Kenapa Koleksi Impian pilihan anda?

Keselesaan dan kepuasan pengguna adalah aspek utama dalam merancang dan membina kediaman Koleksi Impian. Reka bentuk yang tepat dan teliti diterapkan bagi mengurangkan kos pengubahsuaian pada masa akan datang. Oleh itu, kediaman-kediaman Koleksi Impian diseragamkan dengan ciri-ciri berikut:

Ruang yang luas dengan Pelan Lantai Terbuka.

Tingkap dan pintu yang lebar dan tinggi.

Dinding dapur dan bilik mandi Berjubin Penuh.

Dengan menggunakan pelan pembinaan yang sehala dengan ciri-ciri reka bentuk pada abad ini, Koleksi Impian menjadi pilihan ideal untuk pengguna yang ingin memulakan kehidupan baru yang berkualiti dan reformis.

Parkir kereta Dilepa Konkrit Bertekstur.

Siling yang Tinggi.

Testimoni Koleksi Impian

Taman Impian Wira Permai

Lokasi strategik menghubungkan kediaman ini dengan lebuhraya utama memudahkan pergerakan kami ke tempat-tempat yang ingin dituju. Reka bentuk Impian Wira Permai yang unik mengutamakan kehidupan yang lebih privasi dan selesa. Kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi peribadi. Kedudukan ruang tamu pula terletak di bahagian belakang rumah, manakala dapur pula terletak di bahagian hadapan rumah. Setiap ruang dibina dengan pelan privasi agar kehidupan kami sekeluarga lebih selamat dan selesa.

Kami juga berpuas hati dengan Koleksi Impian, bukan sahaja kerana menyediakan kediaman yang bermakna, tetapi juga menyediakan perkhidmatan yang cekap. Pengalaman kami bersama Koleksi Impian sangat memuaskan terutamanya kerana proses mendapatkan pinjaman daripada bank mengambil masa seminggu sahaja.

Taman Impian Bentara 3

Impian Bentara 3 sememangnya pilihan terbaik kami kerana kedudukan kediaman ini terletak di antara pejabat saya dan suami saya. Selain itu, kediaman ini amat sesuai untuk saya sekeluarga kerana dibina di tapak Rizab Melayu dan paling penting ialah, Impian Bentara 4 mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air peribadi.