Impianmu menjadi Realiti
bersama Koleksi Impian.

Koleksi Impian adalah pembina dan pemaju pembangunan perumahan tanah Rizab Melayu yang berkualiti tinggi. Selain daripada mempraktikkan pelan pembinaan yang kontemporari bagi memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna, kediaman Koleksi Impian juga mengaplikasikan reka bentuk yang berkonsep moden dan elegan bagi membangkitkan suasana kediaman mewah yang tenang dan ceria.

Kenapa Koleksi Impian pilihan anda?

Keselesaan dan kepuasan pengguna adalah aspek utama dalam merancang dan membina kediaman Koleksi Impian. Reka bentuk yang tepat dan teliti diterapkan bagi mengurangkan kos pengubahsuaian pada masa akan datang. Oleh itu, kediaman-kediaman Koleksi Impian diseragamkan dengan ciri-ciri berikut:

Parkir kereta yang berkonkrit dan bertekstur.

Siling yang tinggi (11 kaki).

Tingkap yang lebar dan tinggi.

Ruang yang luas dengan pelan lantai terbuka.

Dinding dapur dan bilik mandi berjubin penuh.

Dengan menggunakan pelan pembinaan yang sehala dengan ciri-ciri reka bentuk pada abad ini, Koleksi Impian menjadi pilihan ideal untuk pengguna yang ingin memulakan kehidupan baru yang berkualiti dan reformis.