Taman Impian Jiwa Mulia merealisasikan impian anda memiliki kediaman yang eksklusif dan moden. Pelan Pembinaan kediaman ini mementingkan kualiti reka bentuk dan keperluan anda.
Reka bentuk yang lebih luas dan moden dapat dilihat serta merta apabila anda memasuki kediaman ini dan disambut dengan ruang tamu dan ruang makan yang luas. Konsep pelan lantai terbuka menampakkan ruang dalaman lebih lapang dan moden terutamanya dengan kombinasi tingkap yang besar serta siling yang tinggi. Selain itu, setiap bilik tidur dilengkapkan dengan bilik air peribadi bagi meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih privasi dan selesa.