Impian Sentosa

Bandar Baru Bangi
Rumah Teres 2 Tingkat
Maklumat Projek

Keunikan Taman Impian Sentosa semestinya mengikuti cita rasa sezaman. Koleksi Impian kini berwajah baru dengan reka bentuk kediaman yang lebih unik dan mengutamakan privasi.

Apakah Keunikan yang dimaksudkan?
Bilik tetamu dan bilik mandi di tempatkan di bahagian hadapan rumah, manakala kedudukan ruang tamu terletak di bahagian belakang rumah. Ruang tamu kini mempunyai akses ke laman peribadi di belakang rumah, dengan kelebihan ini, pengudaraan dan pencahayaan juga dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, seisi keluarga boleh bersantai dengan selesa dan aman di ruang tamu dan juga laman peribadi.

Gaya Hidup Moden
Sememangnya ketara jika dibandingkan dengan reka bentuk rumah yang lain. Kualiti kehidupan anda sekeluarga lebih terjamin dengan pembinaan yang mengaplikasikan ciri-ciri kehidupan yang lebih peribadi, moden dan lebih berprestij.

Reka bentuk yang dibina sememangnya menepati cita rasa anda sekeluarga demi membina kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna. Taman Impian Sentosa, rumah baru, gaya hidup baru.

JUMLAH UNIT
17 unit
PEMILIKAN TANAH
Pegangan Kekal
JUMLAH BILIK TIDUR DAN BILIK AIR
4 Bilik Tidur + 4 Bilik Air
LUAS BINAAN
Daripada 2,144 kps~2,157 kps
LUAS TANAH
Daripada 20′ x 107’~115′

Daftar Sekarang

Daftar Sekarang

Pelan Lantai dan Pelan Tapak
Galeri

Kunjungi Tapak Projek

Brosur Projek