Taman Impian Desa

Olak Lempit, Banting
Rumah Teres 2 Tingkat dan Rumah Berkembar 1 Tingkat
Maklumat Projek

Taman Impian Desa dibina dengan reka bentuk yang moden dan elegan. Dengan hanya 30-unit perumahan dibina dan dikelilingi dengan pemandangan yang indah, tenang dan damai memberi keselesaan kepada anda dan keluarga untuk membina kehidupan baru yang berkualiti.

Keistimewaan kediaman Impian desa ini merangkumi beberapa aspek inovatif yang menjadikan kediaman ini sebagai rumah impian anda. Antaranya termasuklah, ruang parkir yang luas, lantai parkir berkonkrit dan bertekstur, pelan lantai terbuka menjadikan susun atur ruang dalaman lebih kemas dan luas, siling setinggi 11 kaki dan tingkap yang lebar dan tinggi membolehkan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang maksima agar dapat menjimatkan kos penggunaan elektrik.

Taman Impian Desa ditempatkan di lokasi yang strategik. Dengan adanya kemudahan Lebuhraya Pantai Barat dan dikelilingi oleh kemudahan fasiliti di sekeliling taman perumahan menjadikan kediaman ini sebagai pilihan terbaik untuk anda memulakan kehidupan baru bersama insan tersayang.

JUMLAH UNIT
30
PEMILIKAN TANAH
Pegangan kekal (Rizab Melayu)
JUMLAH BILIK TIDUR DAN BILIK AIR
4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air (Teres), 4 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air (Berkembar)
LUAS BINAAN
2,169 kps, 1,303 kps
LUAS TANAH
24’ x 60’, 40’ x 65’

Daftar Sekarang

Daftar Sekarang

Pelan Lantai dan Pelan Tapak
Galeri

Kunjungi Tapak Projek

Brosur Projek