Taman Impian Melur 2

Jalan Lombong Timah 4, Kota Kemuning
Rumah Teres 2 Tingkat
Maklumat Projek

Taman Impian Melur 2 menepati cita rasa dan keperluan anda sekeluarga. Reka bentuk yang tepat dan teliti diterapkan bagi menjamin kualiti dan keselesaan kehidupan anda bersama keluarga tersayang.

Ciri-ciri reka bentuk kediaman Impian Melur 2 merangkumi beberapa aspek inovatif seperti, siling yang tinggi 11 kaki, tingkap yang lebar dan tinggi serta ruang tetamu yang luas bagi membenarkan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi yang maksima agar dapat mengurangkan kos penggunaan elektrik.

Dibina dengan pelan lantai terbuka agar ruang dalaman lebih luas dan selesa. Selain itu, dinding bilik air dan dapur Impian Melur 2 juga dicantikkan pula dengan Jubin seramik bagi menjamin kekemasan dan keselesaan pengguna.

Parkir kereta yang berkonkrit dan bertekstur dipasang untuk menerapkan suasana kediaman yang mewah, elegan dan selesa. Reka bentuk ini dibina agar dapat mengurangkan kos pengubahsuaian pada masa akan datang.

Taman Impian Melur 2 merupakan kediaman impian yang ideal untuk anda memulakan kehidupan baru bersama keluarga terayang.

JUMLAH UNIT
42
PEMILIKAN TANAH
Pegangan kekal (Rizab Melayu)
JUMLAH BILIK TIDUR DAN BILIK AIR
4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air
LUAS BINAAN
1,771 kps
LUAS TANAH
20’ x 63.7’

Pendaftaran untuk Taman Impian Melur 2

Pelan Lantai dan Pelan Tapak
Galleri

Kunjungi Tapak Projek

Brosur Projek