Taman Impian Bentara 3

Jalan Merbuk, Jalan Kebun Baru

Rumah Teres 2 Tingkat dan Rumah Berkembar 1 Tingkat

Maklumat Projek

Inginkan sebuah mahligai impian yang mewah dan mempunyai reka bentuk yang moden dan elegan? Taman Impian Bentara 3 merupakan pilihan terbaik buat anda yang ingin memulakan kehidupan baru yang berkualiti dan reformis.

Ciri-ciri reka bentuk ruang dalaman yang kemas dan luas memberi keselesaan kepada anda dan keluarga. Siling yang mencecah 11 kaki, dan dihiasi pula dengan tingkap moden yang lebar dan tinggi membangkitkan suasana kediaman yang mewah. Selain itu, dinding dapur dan bilik air juga dicantikkan pula dengan jubin penuh berseramik.

Reka bentuk dalaman dan luaran yang moden ini dibina secara eksklusif untuk membantu anda mengelakkan sebarang kos pengubahsuaian di masa hadapan.

Impian Bentara 3 kini memberikan pilihan rumah berkembar 1 tingkat dan rumah teres 2 tingkat. Dengan rumah teres 2 tingkat dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi menjaminkan privasi dan kemudahan sejati kepada seisi keluarga anda. Kawasan perumahan berdensiti rendah ini bakal menjadi piawai koleksi kediaman yang termoden di Kota Kemuning.

JUMLAH UNIT

33 unit

PEMILIKAN TANAH

Pegangan Bebas, Rizab Melayu

JUMLAH BILIK TIDUR DAN BILIK AIR

4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air

LUAS BINAAN

2,058 kps (Rumah Teres 2 tingkat)
1,253 kps (Rumah Berkembar 1 tingkat)

LUAS TANAH

20’ x 68’ (Rumah Teres 2 tingkat)
40’ x 65’ (Rumah Berkembar 1 tingkat)

Pelan Lantai dan Pelan Tapak
Galeri

Visit Sales Gallery

View Project Brochure