Taman Impian Bentara

Jalan Merbah, Jalan Kebun Baru

Rumah Teres 2 Tingkat

Maklumat Projek

Suasana dan pemandangan yang aman, tenang dan damai menjadikan Taman Impian Bentara sebagai kediaman yang berprestij di kawasan ini lebih-lebih lagi dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang elegan dan moden menjadi kan kediaman Bentara sebagai pilihan yang menepati cita rasa anda.

Dengan hanya merangkumi 42 unit perumahan, Taman Impian Bentara memberi keselesaan kepada anda untuk memulakan kehidupan baru.

Terletak berhampiran dengan Kota Kemuning Shah Alam, lokasi Taman Impian Bentara yang strategik memudahkan perjalanan pergi dan balik daripada kawasan perumahan ke lebuhraya-lebuhraya utama seperti KESAS, LKSA, SKVE dan Lebuhraya Pantai barat.

Ciri-ciri reka bentuk ruang dalaman yang kemas dan luas memberi keselesaan kepada anda dan keluarga. Siling yang mencecah 11 kaki, dan dihiasi pula dengan tingkap moden yang lebar dan tinggi membangkitkan suasana kediaman yang mewah. Selain itu, dinding dapur dan bilik air juga dicantikkan pula dengan jubin penuh berseramik.

Reka bentuk dalaman dan luaran yang moden ini dibina secara eksklusif untuk membantu anda mengelakkan sebarang kos pengubahsuaian di masa hadapan.

Impian Bentara 3 kini memberikan pilihan rumah berkembar 1 tingkat dan rumah teres 2 tingkat. Dengan rumah teres 2 tingkat dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi menjaminkan privasi dan kemudahan sejati kepada seisi keluarga anda. Kawasan perumahan berdensiti rendah ini bakal menjadi piawai koleksi kediaman yang termoden di Kota Kemuning.

JUMLAH UNIT

42 unit

PEMILIKAN TANAH

Pegangan Bebas, Rizab Melayu

JUMLAH BILIK TIDUR DAN BILIK AIR

4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air

LUAS BINAAN

2,056 kps

LUAS TANAH

20’ x 68’

Pelan Lantai dan Pelan Tapak
Galeri

Visit Sales Gallery

View Project Brochure