Taman Impian Nurani 1

Jalan Kebun

Rumah Teres 2 Tingkat

Maklumat Projek

Impian Nurani 1 direka khas untuk merealisasikan impian anda bersama keluarga dalam memiliki rumah mewah yang serba moden.

Reka bentuk luaran yang ringkas dan elegan ini dipadankan pula dengan persekitaran semulajadi yang indah. Manakala ruang dalaman pula direka dengan perancangan terperinci. Penggunaan dan pemasangan kelengkapan yang berkualiti tinggi dan moden pasti menepati keperluan dan citi rasa anda dan keluarga. Dapur dan bilik mandi pula dicantikkan dengan dinding berjubin penuh. Anjung kereta yang dilepa konkrit bertekstur dapat mengurangkan sebarang kos pengubahsuaian.

Konsep pelan lantai terbuka yang menghubungkan ruang tamu, ruang makan dan dapur membuatkan ruang dalam rumah kelihatan lebih luas. Konsep ini pasti memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan anda bersama keluarga. Kedudukan lokasi Impian Nurani 1 yang strategik pasti menjamin akses yang mudah dan komprehensif kerana dikelilingi lebuhraya SKVE, Elite, KESAS dan Lebuhraya Pantai Barat yang akan siap dibina tidak lama lagi . Selain itu, Impian Nurani 1 juga berdekatan dengan stesen LRT3 di Jalan Johan Setia yang masih dalam proses pembinaan bagi memudahkan dan mempercepatkan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Miliki kediaman impian ini dan hayati kebahagiaan bersama insan tersayang di Impian Nurani 1. ‘Keluaga Bahagia membawa hati Nurani.”

 

JUMLAH UNIT

44 unit

PEMILIKAN TANAH

Pegangan Bebas, Rizab Melayu

JUMLAH BILIK TIDUR DAN BILIK AIR

4 Bilik Tidur dan 4 Bilik Air

LUAS BINAAN

RT1 – Daripada 1,812kps
RT2 – Daripada 1,792kps

LUAS TANAH

RT1 – Daripada 20′ x 65′
RT2 – Daripada 20′ x 64′

Pelan Lantai dan Pelan Tapak
Galeri

Visit Sales Gallery

View Project Brochure